APC READINESS

Our Story

APC READINESS GLOBAL adalah milik penuh bumiputra dan merupakan syarikat yang menjalankan perniagaan Taska, tadika dan pusat jagaan sekitar negeri Melaka, Seremban dan juga Selangor. Selain dari itu juga syarikat APC memperkembangkan lagi cabang perniagaan dengan pengeluaran Jus Makanan sunnah bagi kanak-kanak seterusnya dewasa, iaitu JUS ANASERA.

APC READINESS mempunyai 10 cawangan yang berdaftar keseluruhannya dan mempunyai bilangan kanak-kanak sekitar 300 orang ke 500 orang. Dan jumlah ini meningkat setiap tahun mengikut perancangan perniagaan sejak 15 tahun lalu.

Penglibatan dalam pendidikan awal kanak-kanak selama 13-15 tahun ini, banyak pengalaman serta pendedahan yang membawa kepada kematangan syarikat ini. Dalam konteks services kepada pelanggan, adalah menjadi keutamaan syarikat dalam memastikan kepuasan pelanggan harus diutamakan. Selain itu makenisma pembelajaran serta bahan yang digunakan adalah penting untuk merangsang minda kanak-kanak, sesuai dengan modul Permata Negara dan juga dalam Pra skolah swasta untuk Tadika.

Menyedari akan hakikat itu, Syarikat APC kini membuka cabang baru dalam industri pemakanan yang mana JUS ANASERA ini dicetuskan bagi membantu merangsang minda kanak-kanak agar lebih cerdas serta memiliki antibody yang kuat.

JUS ANASERA ini merupakan sebuah prodak makanan berasaskan Jus cecair yang telah melalui proses makmal dan campuran asas makanan berasaskan makanan sunnah.

Produk  – Jus Anasera

KEBAIKAN JUS ANASERA

Kesemua kandungan di dalam Jus Anasera Sunnah supplement untuk kanak-kanak merupakan sumber yang tinggi dengan serat, vitamins, minerals dan nutriens yang lain. Kurma, kismis madu, delima dan buah tin merupakan makanan sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat islam termasuk kanak-kanak.

Setiap bahan yang terkandung dalam Jus Anasera memiliki kehebatanya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit (antibodi yang tinggi) dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh Baginda Rasullullah SAW melalui hadis-hadis dan ayat-ayat al-quran.

Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah ini melalui Jus Anasera bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak-anak kita memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian, insyallah…

Jus Anasera ‘Segar Bertenaga Sepanjang Masa’