Soal Jawab Berkenaan Jus Anasera

1. Apakah Itu Jus ANASERA?
Jus ANASERA ialah makanan tambahan kanak-kanak yang tinggi dengan kandungan Serat, Kalsium, Vitamin dan Mineral yang sangat membantu untuk tumbesaran dan perkembangan otak kanak-kanak.

2. Apakah Kandungan Yang Terdapat Di Dalam Jus ANASERA?
Jus ANASERA mengandungi makanan ‘GRED TERBAIK’ seperti Kurma, Kismis, Madu, Pegaga, Delima, Buah Tin, Bacopa, Habatus Sauda, Ginko Biloba dan Omega 3

3. Kenapa Saya Harus Memilih Jus ANASERA Untuk Anak Saya?
Anda perlu memilih Jus ANASERA kerana kesemua kandungan di dalam Jus Anasera menpunyai sumber yang tinggi dengan Serat, Vitamin, Mineral dan Nutrisi yang lain.

Kurma, Kismis, Madu, Delima dan Buah Tin merupakan makanan Sunnah yang sangat digalakkan diamalkan oleh semua umat Islam termasuk kanak kanak. Setiap bahan yang terkandung di dalam Jus ANASERA memiliki kehebatannya tersendiri yang mampu menjadi penawar pelbagai penyakit dan perkembangan minda bukan sahaja terbukti secara saintifik, malahan turut diperakui khasiatnya oleh baginda Rasulllah S.A.W melalui ayat-ayat suci Al-Quran dan juga Hadis.

Amalan pengambilan gabungan makanan sunnah melalui Jus ANASERA bukan sahaja mampu menjadi pemangkin kepada kesihatan terunggul, malahan membantu anak anak anda memperoleh keberkatan dengan mengamalkan makanan sunnah dalam kehidupan seharian mereka, In Shaa Allah.

4. Adakah Jus ANASERA Mendapat Kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia?
YA. Jus ANASERA mendapat pengiktirafan sebagai ‘PRODUK TIDAK PERLU BERDAFTAR’ kerana ianya hanyalah makanan tambahan (food supplement) berasaskan buah-buahan Gred Terbaik. Walaubagaimanapun, anda boleh semak status Jus ANASERA di KKM di Bahagian Pengkelasan Makanan

5. Siapakah Pengeluar Jus ANASERA?
Jus ANASERA di keluarkan dan di pasarkan oleh syarikat APC READINESS GLOBAL SDN BHD, sebuah syarikat Muslim dari Melaka yang sudah 16 tahun berpengalaman dalam jualan produk kesihatan dan pendidikan awal kanak-kanak. Syarikat ini amat mementingkan produk yang berkualiti, suci dan berkesan. Teraju Jus ANASERA bukan sahaja mementingkan keuntungan malahan mencari keberkatan dalam perniagaan yang dijalankan.

6. Adakah Produk Ini Berkesan?
Dengan izin Allah, produk ini baru berada di pasaran pada bulan January 2017 dan kami telah menerima terlalu banyak testimoni yang baik dari pengguna dan setakat ini sudah lebih 300,000 botol dijual walaupun tidak sampai setahun berada di pasaran.

7. Produk Ini Sesuai Untuk Siapa?
Jus ANASERA ini diformulasikan khas kepada kanak kanak seawal 1 tahun dan keatas. Ibu yang mengandung jugak boleh mengamalkan jus ANASERA.

8. Cara Pengambilan?
1 botol Jus ANASERA didatangkan dalam bentuk cecair dan mengandungi 280ml. Dicadangkan minum guna sudu PLASTIK dan hanya 2 kali sehari sebelum sarapan dan sebelum UMUR SUKATAN JUS ANASERA
1 tahun – 3 tahun
½ sudu kecil (2.5ml)
4 tahun – 6 tahun
1-2 sudu kecil (5ml)
6 tahun dan keatas
1-2 sudu besar (10ml-20ml)

9. Boleh campur jus ANASERA dalam Puree (Makanan Baby)?
Boleh. Cuma jangan dicampur jus ANASERA di dalam susu formula atau susu ibu kerana susu ibu adalah makanan yang terbaik berbanding mana-mana pemakanan lain.

10. Apakah warna Jus ANASERA?
Berwarna Pink rozel pekat, Walaubagaimanapun warna jus ANASERA berbeza bergantung pada bahan mentah yg kami perolehi semasa pemprosesan dan di dalam jus ANASERA terdapat serdak2 bagi menunjukkan ianya adalah asli.

11. Bolehkah Ibu Yang Mengandung mengambil Jus ANASERA?
Sangat digalakkan kerana ianya adalah pemakanan sunnah. Ini dapat membantu tumbesaran dan melengkapkan nutrisi bayi di dalam kandungan.

12. Bolehkah Ibu menyusu mengambil Jus ANASERA?
Boleh kerana ianya dapat menambah susu badan si ibu.